Sunday, January 17, 2016

:: Bersiar-siar di Taman Rama-rama, KL ::


Hari Sabtu Ahad yang lepas tak tau nk ajak budak-budak pergi mana, sebab plan asal nak pegi rumah Maklong n Paklong kat Kajang untuk melawat atok opah Luqman. Sekalinya diorang pulak balik kampung sampai hari Sabtu, and then balik Kajang balik sebab atok ada checkup kat IKN hari Isnin. So, kitorang pun blur sebab plan nak jumpa atok opah terpaksa tangguh ke minggu depan. Lama sikitla boleh tidur sana sebab cuti Thaipusam kan sampai Isnin.

Biasalah mama  bosan je kalau 2 hari dok rumah tak pergi mana-mana. Tambahan plak si kembar sekarang pun da pandai nak kuar rumah, pantang pintu buka.
So, bagi 2 suggestion kat papa..
No. 1 Aktiviti berbayar, pergi Taman Rama-rama..
No. 2 Aktiviti tak berbayar, pergi jalan Rawang-Bestari Jaya, bawa roti n bagi makan monyet-monyet  yang banyak kat tepi jalan tu makan..
(Yeah, I know that 2nd suggestion tu seems ridiculous..haha, terpaksa la  papa setuju ngan 1st suggestion)

I'm not the one yang suka outing ngan anak-anak kat shopping complex, unless betul-betul nak cari barang.
Konon taknak tunjuk kat anak2 yang mak dia kaya, sikit-sikit pegi pusat membeli belah..
walaupun sebenarnya mak diorang mmg tak kaya..hahaha..

So, hari Ahad la meredah sampai ke pusat bandar. Pheww, nasib papa yang drive..

Tempat ni memang sangat sesuai untuk kami yang mengangkut kembar dan Luqman.

Why I said so??

Sebab taman ni tak besar macam zoo yang mana penat nak angkut anak-anak pusing sume tempat. 
Kembar yang eager nak berjalan tu dapat explore semua tumbuh-tumbuhan, lari kejar rama-rama, tengok ikan, bunga..diorang boleh bebas sikit dalam tu. Parents tak perlu dukung all the times sebab takde jalan besar yang kenderaan lalu lalang ke. Kawasan taman ni kecik aje, cuma ibu bapa masih kene kawal sebab certain area ada kolam ikan dan kawasan agak licin.




Untuk anak seusia Luqman, parents boleh relate dengan kitaran hidup rama-rama yang belajar dalam buku tu.I think they will get better idea/visual rather than learn theories only..
 Boleh tengok sendiri kepompong hidup, pelbagai jenis spesis rama-rama dan lain-lain lagi. 
Kat taman ni bukan ada rama-rama je taw!
Kat indoor exhibition hall dia ada pelbagai jenis insects..tarantula pun ada..gambar-gambar ada kat bawah..





Untuk kitorang, fefeling sweet jela dating kat taman *ok tipu*
Suruh Luqman tangkap gambar pun nampak kepala adik..memang tak bape nak sweet (-.-)
Baju merah tu bukan plan eh..Papa ngan Luqman sebok nak pakai baju merah bila mama da iron baju.
Luckily, rama-rama suka datang dekat..Dia pun konfius kot orang ke bunga! Haha..













Ok, yang penting kids happy..mama pun happy.
Papa kata next  time kita pergi Taman Burung plak...yesss, mama berjaya psiko papa suka tempat-tempat gini..
*i'm a psychotic wife*
(^__^)



Thursday, January 7, 2016

:: Minggu pertama persekolahan Luqman ::


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016..

Tahun ni Luqman dah 6 years, so mama tak risau sangat hal sekolah dia.
Siap mama tak amik cuti pon hari 1st day dia sekolah.Bila driver van telefon pagi tu sebab ada masalah sikit, baru menggelabah dan tanya diri sendiri "Eh apsal aku tak cuti eh harini?"
Alhamdulillah, masalah pun kecik je..takdela adegan nanges2..Maklumla, Luqman kan da senior..haha..

Semoga Luqman mudah faham dan  dapat memanfaatkan ilmu ke arah kebaikan ye..
Handsome nya anak mama hari first sekolah..papa kata macam rambut k-pop (^__^)


sumber : fb Genius Aulad SU



Wednesday, December 30, 2015

:: Birthday Kitorang ::

Assalamualaikum..

Adoii, cepatnya masa berlalu..da nak masuk tahun baru kan?
Balik-balik entry pre-anniversary..mana entry anniversary nya?
Haha..takde eh, sebab time anniversary tu, time tu la nak gadoh. Tapi tak lama pun, papa ajak pergi Kaison kat Paradigm Mall cari wall paper untuk bilik tidur terus baik balik..Haha, mudah sangat Mama Luqman ni  terperdaya dengan  duniawi.

Since tarikh anniversary and birthday yang rapat-rapat, kami jarang sambut asing-asing. 

18 Disember : Anniversary
21 Disember : My birthday
23 Disember : Hubby's birthday

Selalunya, sambut sekali harung je..jimat budget kan? Kadang-kadang buat dunno je. Haha..Cuma kalau lupa memang kene bagi air bacaan Yassin la supaya ingatan tu kuat sikit.Aish, berani nak lupa birthday masing-masing?! *mata kecik pandang atas bawah*
Pada setengah orang mungkin tak penting sangat sambut Birthday n Anniversary ni..For me pun yang semakin meningkat usia ni, hadiah tu mungkin da kurang penting sebab bila-bila masa pun pasangan boleh beli hadiah kalau dia ada duit lebih, takyah tunggu important dates.
Tapi I think ingatan tu penting kot, wish birthday bukan pakai duit pon, pakai air liur je!
Pastu kalau ingat, kan bole doakan pasangan..

"Ya Allah ya Tuhanku, hari ni hari kelahiran pasanganku. Engkau limpahkanlah rahmatMu kepadanya, murahkanlah rezekinya, panjangkanlah usianya. Engkau kurniakanlah segunung pahala buat ibu mertuaku yang telah melahirkannya"

Tu contohla..Abis tu, kalau tak ingat birthday langsung acaner?!Aiyaa..
Mungkin dah biasa doa camtu kot hari2 *husnuzzon*
Ni bukan nak emo, tapi ok kot kan kalau ada sedikit ingatan untuk hari-hari yang penting supaya hari tersebut lebih istimewa berbanding hari-hari yang lain.
 Cuma sikit tak pahamla kalau orang takde inisiatif nak ingat tarikh penting2 tu..
Hmm, unless ada masalah fobia nombor sampai no. ic sendiri atau no.pin bank pun bole lupa..Haha *joking*

Dalam kes kitorang, belum pernah lagi la kitorang lupa.
Entry ni untuk simpanan sendiri. Kalau sepuluh tahun akan datang gaduh lagi time anniversary bole tengok entry sweet2 camni..kihkih



Surprise cake n rose dr husband. Thanx KB susah payah belikan kek, ros n cakenis..dan susah payah jugak bawa ke ofis *hug*







This year dapat hadiah handbag Zalora ni dan sandal ..huhu, siap buka website Zalora cek eh? Psiko ah dapat bini camni..Haha, ni bukan nak cek harga. Tapi my hubby cakap dalam website, handbag ni nampak kecik je. Skali bila dapat kite kata handbag tu besar, siap ioll bole masuk telekung gitu. Design cam gambar kat atas tp stail envelope bag..
Dia kata bole pitam tengok jenis-jenis bag pompuan. Ada sling bag, clutch bag, tote bag..
Tu yang dia belasah je order.
Takpela pa, I is ok je pape pun..dongibap, kipidap, study lagi tuk tahun depan k! =)






Masa birthday suami, dia cakap dia taknak hadiah pape. Orang siap offer pun taknak..
So, pakat ngan Luqman buat handmade birthday card tuk papa since hari sebelum tu Luqman ikut mama pergi ofis. Pastu belikan papa congo bar sebab 2 hari sebelum tu dah makan kek birthday mama..takkan nak makan kek lagi kan. So, tiup lilin kat congo bar punnn boleeeehh..

Btw, this is the story of our birthday..
SMALL celebration, but BIG to our heart!
- Happy New Year 2016 -



Friday, December 4, 2015

:: Pre-Anniversary ::


Tajuk acah-acah sweet gitu..cam ada candle light dinner lak masa anniversary nanti. Haha..biasanya takde la.
Kebetulan Disember merupakan bulan anniversary kitorang plus birthday kami suami isteri. So semalam kami amikla cuti untuk spend masa berdua since dah lama tak dating bersama .Ohh, ini sangat RARE okeh! Selalu berlima je ke hulu ke hilir. Semenjak ada kembar dan anak tiga, selalu outing jadi huru-hara. Kalau nak keluar berdua pun takat makan berdua balik kerja atau kuar beli barang kejap..

So, cuti kali ni takmo buat urusan pape..walaupun masih banyak urusan yang belum selesai. 
Mama nak spend time ngan papa pergi IKEA je..
Nampak tak motipp si isteri? Kalau budak-budak ada, konfem tak boleh shopping dengan tenang. 
So, kalau ajak suami dating kat sini, boleh si isteri membeli belah sambil ada orang yang boleh tolong angkatkan barang. Woww, besntnya kuar berdua..Haha  (^__^)




Incik abang tengok apa tu?? Berangan nak bilik tidur camtu ke?
Tengok tu..belum apa-apa mama da siap belek harga kalau nak buat bilik kembar cam gambar kat atas tuh..
Comel kan ada pink-pink..Tengok harga sebijik katil tu RM509..Kalau darab dua..Gulp, telan airliur gak arr. Baru katil jer tu...


Kononnya, nak make over bilik Luqman..Beli meja study, kerusi, carpet, rod penyidai rak bertingkat dan lain-lain lagi. Tengokla, kalau kemas bilik anak bujang sorang tu bolela share nanti. Selalunya sepahla sebab jadi port adik-adik main..

Lepas jalan-jalan kat ikea, terus menapak ke the Curve nak cari makan. Fikir punya fikir nak makan apa, ternampak sign Vivo..terus ajak hubby makan kat sini. Bulan lepas masa buat membership card, katanya kita boleh claim free 'cake of the day' masa bulan kelahiran kita. Masa tu dah terfikir nak ajak incik hubby datang  sebab birthday kitorang kan selang sehari..




 Sedap kek ni..tak rugi kot kalau korang nak try!
Kek ni bukan regular cake yang setiap masa ada. Rasanya sempena Krismas ni je..
Rasa dia macam cheesecake + chocolate cake..Pastu banyak layer, yang oren tu ada orange flavour sikit-sikit..So, complete rasa dia..siap ada layer yang crunchy2 sikit. Yummy!!





Pa, takyahla susah ati sangat dapat bini suka shopping..
Sampai makan pun tak lalu *drama*
Enam tahun da kita kahwen bang!
=P


Tuesday, December 1, 2015

:: Luqman' Little Ihtifal ::

Alhamdulillah, selesai sessi persekolahan 2015 Luqman minggu lepas..Arini baru nak update pasal majlis ihtifal dia yang berlansung pada 15hb November 2015 di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam. Tema ihtifal kali ni ialah 'Stories From The Sea'. So, macam-macam la persembahan aritu..




Kembar tak berapa sihat waktu ni..Kakak tidur je dalam stroller sepanjang majlis berlansung.
Cuma adik jela yang macam-macam ragam, maklumla keluar dari rumah awal dan kitorang tak sempat breakfast berat plak tu. Nak menunggu persembahan abang yang last sekali tu memang kesian jugakla dekat anak-anak..





Majlis hari tu menggabungkan pelajar-pelajar dari Genius Aulad Saujana Utama dan Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam juga. Gambar kat atas ni persembahan dari GA Seksyen 23..kagum sangat aihh tengok budak-budak umur 5, 6 tahun ni boleh hafal dialog persembahan tu..especially tukang karut untuk dikir-barat budak-budak nih..





Yang gambar kat atas ni antara persembahan kawan-kawan Luqman kat GA Saujana Utama..menunggu la mama dari satu persembahan ke satu persembahan! Sebenarnya excited nak tengok Luqman je..haha..
-
-
Lasssttt Sekallliiiii...
Baru la group Luqman keluar..
Kebanyakan parents waktu ni da ramai yang balik. 
Maybe kes cam kitorang gak kot, keluar dari rumah awal dan anak-anak yang lain dah mula meragam. So,lepas je anak diorang buat persembahan ada yang dah balik. Tapi ok gak sebab mama bole duduk depan stage amik gambar. 
Kalau sebelum tu memang bersesak la nak ngambik gambarnya..

Hehe..luruskan saf dulu sebelum nyanyi lagu Negaraku dan buat persembahan 'The Great Pledge'





Sian vest Luqman senget kat atas stage..Nampak dia tak selesa atas tu. Dah gerak-gerak bahu pun takmo betul. Agaknya, teacher da bagitau duduk atas pentas kene berdiri tegak, tu yang keras je walaupun vest senget..Kihkih, Luqman oo luqman.. (^__^)



Inilah antara kenangan manis Luqman dengan kelas 5 Zeng He. InshaAllah next year masih di Genius Aulad. 
See you 2016..
*kejapnya masa berlalu*




Tuesday, November 24, 2015

:: Birthday Luqman yang ke-5 ::


Alahai, da 5 tahun dah Luqman..
Semoga anak mama menjadi anak yang soleh, rajin solat, rajin mengaji dan berakhlak mulia..Amin!
Tahun ni Luqman request nak bawa kek ke sekolah. So, mama pun mencarila kek tobot seperti yang diminta.  Alhamdulillah, bila mama search jumpa blog nie http://anacookiss.blogspot.my/
Nasib K.Ana setuju dengan order kek tobot tue..Kalau ikut Luqman, dia nak suruh mama yang buat sendiri..
Papa siap cakap, "Luqman ingat tak aritu Luqman buat kek ngan mama, kek terbalik dalam periuk"
Ciss sangat kan papa ni  (-___-)






HAPPY BIRTHDAY LUQMAN 
I love you to the moon and back!!


Thursday, November 12, 2015

:: Cuti jaga atok ::


Aritu seminggu atok luqman warded. Atok kene buat operation sebab atok ada ketumbuhan yang hampir menutupi  usus besar . So, adik beradik, anak sedara pun bergilir-gilir jaga..Alhamdulillah, ni da lebih dua minggu atok operate, keadaan semakin ok..dan harapnya semakin ok dan ok lagi..*be positive*

So, kita taknak letak gambar sedey2..Kat dalam wad pun tak boleh tangkap gambar sembarangan. So, kita letak gambar budak-budak yangdatang melawat ni je..
Ni gambar Luqman main dengan adik-adik dan kakak Atirah kat play area hospital.








Disebabkan duduk kampung hampir 5 hari..mama belikan Luqman basikal baru. Dah berbulan jugak janji ngan dia basikal ni. Aritu papa nak belikan, papa tak jumpa kedai basikal kat kampung..Pastu atok round2 tunjukkan Luqman mana kedai basikal. Tapi takdela terus beli sebab atok simpan niat nak tunggu duit potong padi baru nak hadiahkan Luqman basikal. Disebabkan operation pulak, tak sempatla atok nak tunggu duit padi tue..

Mama dan papa sebenarnya memang nak belikan pakai duit sendiri je, tapi kalau balik sekejap-sekejap tu kang Luqman tak puas plak main. So, sebabkan mama dan papa lama kat kampung aritu bolelah belikan Luqman basikal baru. Kira hadiah birthday jela ye..hikhik (^ ^,)




Untuk adik ngan kakak, kene tunggu birthday tahun depan la ye? Sebelum tu sapu sampah banyak-banyak dulu kay!

(T_T)