Wednesday, March 23, 2016

:: Berkelah di Celi Chalet, Kemensah ::


Cuti sekolah kalini amik cuti half day je hari Khamis untuk bawak Luqman pergi jumpa dentist dan update buku bank dia. Lepas lunch kat KFC, dia ikut mama pergi opis sebab mama buat replacement class tuk buat test student. Hari Sabtu pulak ikut papa pergi opis sebab ada open day university.
 'Lame' sungguh cuti sekolah Luqman kan?
Huhu, oklah tu..dia happy pergi opis mama papa sebab boleh tgk youtube. Ish, budak zaman sekarang!

So, bila sweet sisters ajak pergi berkelah, cepat-cepat je setuju.
So, terjadilah entry perkelahan kat Celi Chalet Kemensah ni..



Banyak servis yang ditawarkan kat sini. 
Sape yang nak tidur khemah, boleh sewa tapak je..murah sikit!
Macam kitorang, kami ambil pondok no. 16. Harga untuk sebuah pondok RM70 daripada 9 pagi sampai 5 petang. Pastu jumlah keluarga yang join pun diambil kira.
Macam kitorang ada 3 keluarga, campur lagi RM30. So, total RM100.
Kat tepi pondok disediakan tempat BBQ..kalau nak, boleh tambah RM10 lagi.

Macam kitorang sume ada anak kecik, so decide amik pondok camni. 
So, bolehlah kalau nak bf baby ke kat dalam.
Dalam pondok juga  ada disediakan plug, 2 tilam dan bantal.
Kot-kot penat, bolela lena sejam dua (T__T)





Pandai anak bujang mama berlakon nih. 
Orang sume dah terjun sungai, dia bagi alasan taknak mandi..
Sekali dah masuk sungai, baru rasa best dan taknak kluar.

Kalau perasan gambar kat bawah ni, ada waqaf yang takde bilik.
Kalau juz nak rasa angin original, boleh book waqaf camtu..




Gigih mak pak ni angkut kembar pergi berkelah.
Abang Luqman mandi sampi dua round..Enjoy betul dia..
















Sedikit perkongsian tentang Celi Chalet..

#1 Surau dan tandas awam disediakan, cuma tempat tersebut berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi sangat digalakkan untuk membawa telekung sendiri dan peralatan yang bersesuaian. Surau tu berada kat belakang gambar kitorang ramai-ramai ni, yang ada jaring tuh.

#2 Pondok tempat kami duduk ada disediakan tikar. So, ianya boleh dijadikan option selain duduk kat waqaf dan meja batu yang banyak disediakan oleh pihak chalet. 

#3 Jalan masuk ke chalet ni betul-betul lalu depan entrance Zoo Negara. Seriously tak tau ada jalan terus lagi ke belakang tu..huhu, 5 tahun kot belajar dan bekerja kat uia gombak. Dulu tak de duit nak jalan-jalan pergi berkelah nie..Rupanya banyak rumah besar-besar situ. Nak ke Celi Chalet kene jalan terus dan jangan musykil kalau jalan tu semakin sempit macam nak masuk hutan. Chalet betul-betul kat sebelah kiri.

#4 Ada perkhidmatan ATV disediakan. Based on survey made by husband, skali trip RM100 dan mengambil masa lebih kurang sejam. Bolehlah kepada siapa yang nak try sukan lasak. Den anak tiga ni tak dapekla naik =(

#5 Kalau tak silap pondok no. 5 adalah pondok yang berada di kawasan pintu masuk chalet..sume orang yang datang,  lalu situ dulu. Siapa yang rasa nak lebih privacy, bole book chalet yang no. belas-belas. Lagipun air sungai kat kawasan depan-depan lebih dalam dan kurang batu. 
Untuk yang nak buat terjunan tiruk boleh try situ eh!
Kitorang yang ada anak berderet, better cari tempat yang ada divider..ada tempat air cetek dan ada tempat dalam..

 Oklah, rasanya itu je nak share.
Paling penting anak-anak paling happy. Bila teacher tanya Luqman hari Isnin..
Teacher :Luqman pergi mana cuti ni?
Luqman : Luqman berkelah kat KEMENSAM *this is not a typo k*
Ecewah..dalam hati mak ko lega nak! 
Cuba dia jawab, Luqman tak pergi mana-mana..pergi ofis mama main youtube je.Erk?!

#credit to kb for some beautiful photo#

Thursday, March 10, 2016

:: Bila Emak Berdrama ::





Macam-macam ada kat atas meja ofis..huhu, simptom mak-mak sangat kan?
I'm trying to flatlay all of them,  but this is the best that I can do..haha, bad photographer *raise my hand*
'Bila Emak Berdrama' adalah buku terkini yang saya baca untuk mengisi masa lapang..selain buku matematik untuk siapkan soklan final (-.-)
Bila dapat buku ni, really asking myself 'Do I really  need petua bagaimana kekal aman bersama anak-anak??' haha..
 Menjadi seorang ibu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Tak salah to keep on learning n learning. Quote yang paling saya suka dalam buku nie..

"Parenting is about sharing your experience, so that more parents making less mistakes"

So, meh throwback sikit aktiviti kembar yang kitorang buat kat rumah..kata nak aman kan, kenela buat aktiviti ngan diorang.

Aktiviti ni memang mudah!
Bahan yang diperlukan cuma soft ball yang saya beli kat Daiso harga RM5 je..

Aktiviti 1 : Masukkan soft ball ke dalam bekas yang berpenutup sederhana kecil..sebab tu saya gunakan botol susu. Mula-mula, minta diorang masukkan satu per satu. Setelah berjaya,  tutup plak botol susu tu dengan penutup nya yang boleh dibuka sebahagian (bahagian untuk masukkan puting). So, lubang lebih kecil dan menyebabkan mata anak-anak lebih fokus untuk masukkan softball ke dalam lubang.Diorang boleh dok lama mengadap benda tu, isi tuang isi tuang..Bagus, "fokus ye nak", cakap kat kakak sambil mata mama tengok drama Isteri vs Tunang..hiks..


Aktiviti 2 : Susun soft ball ikut warna.
Warna-warna softball ni striking..so perbezaan antara setiap warna tu dapat dilihat dengan jelas.
Antara kelebihan aktiviti ni adalah mama-mama boleh uji samada anak dapat kenalpasti warna yang sama/lain ke tak.
Seriously, tak pernah tau ni daripada kembar. Diorang baru setahun 9 bulan, so tak dapat lagi cakap dengan jelas, especially jenis-jenis warna. 
Bila kakak susun setiap tempat satu warna je cam gambar kat bawah ni..Fuhh, lega mama..
Maknanya mata dia ok! *clap kakak*







Aktiviti 3 : Korek dan tarik bulu-bulu yang ada kat softball..
Ni yang paling best kat bola-bola kecik lembut ni..
Walaupun rasa nya lembut, tapi ada bulu-bulu halus yang melekat buat anak-anak boleh rasa tekstur lain pada jari diorang..
Dari situ diharapnya kembar dapat belajar menggunakan deria sentuh mereka.
Gigih tau tarik sehelai-sehelai mendealah bulu halus tu..okla, atleast they stregthen their fine motor skills.
Walaupun mak diorang pastu pun kene guna motor skill gak sapu karpet sebab dah penuh dengan bulu halus..Nanges dek ada anak kembar sepah mainan!  Tu belum kalau ada Aktiviti 4 abang Luqman ajar softball jadi snow ball (seolah-olah salji turun dari langit)

Harap mak-mak gigih demi anak-anak yang nak membesar ye!
#momisawesome
#aktivitigantigadget




Tuesday, March 1, 2016

:: Nak makeover punya pasal ::


Assalamualaikum and happy new day!

# Thinking of positive vibes, so that my day today can be happier than yesterday #

Nak happy punya pasal tula yang terus fikir nak makeover rumah.Tetiba!! haha..
Tetiba my husben kene dengar je perancangan bini dia nih pasal nak beli tu ini.
Sebenarnya asal cerita makeover rumah ni berkenaan dengan sofa..dah lama terfikir nak tukar/ repair sofa yang kitorang pakai skang ni. Konon nak tunggu sampai raya nak tukar sofa baru, tapi bila my niece siap cakap "Acu, ape nih?"  sambil tunjuk-tunjuk  kusyen yang spring dia da terkeluar tu..
Ai is tension ngan statement anak sedara sorang tuh 
(Kitorang memang suka gurau kasar sebab beza dengan anak sedara yang sulung ni juz 8  tahun, 
so kitorang agak rapat) 

Memula ingatkan nak tukar kusyen je..sekali bila tengok body sofa tu pun da koyak,tampal selotape pun ada tangan kecik yang gatal cabut balik, terus amik keputusan nak beli baru je. 
Time buat keputusan ni adala terfikir nak buat TABUNG SOFA. Hmm, jawabnya sampai ujung tahun baru dapat beli..Incik suami baik hati nak offer tabung syiling n tabung RM5 dia buat ganti tabung sofa. Tapi Ai kan isteri mithali, kesian plak tengok suami penat-penat kumpul duit, pastu kita abiskan je..haha, walaupun lepas ni guna gak!

Selain sofa, kitorang nye plan termasuk nak makeover bilik belakang supaya lebih organize lagi.
So, budget agak banyak gak bila kira-kira. Harapkan duit tabung yang baru ada sehelai duit merah tu memang berjanggut la tunggu kan?
At last kitorang ambil keputusan nak jual barang-barang yang tak guna sangat dalam rumah nie..

1. Stroller kembar

Sayang weh sebab dapat beli stroller dengan harga gudang kat clearance sale masa tu. Sebab tu kitorang boleh jual balik dengan harga yang murah walaupun keadaan stroller ni masih cantik lagi. Tapi sebabkan kembar dah tak guna sangat stroller ni, so kitorang setuju nak lepaskan..


2. Katil queen..

Sebenarnya, tak tau pun my husben letak gambar apa masa iklankan kat mudah nie..
So bila buka mudah.my dan  tengok sendiri.

"Omaigoddd, gambar apakah yang abg letak ni siap nampak kain bertimbun tak lipat"

Haha, beriya la kita nie terfikir nak zoom in ukiran kayu tula kononnya. Ataupun letak comforter cantik-cantik..Barula impressive sikit ye dak?
Sekali gambar ni je dia letak..Oh, please ye..Harap korang boleh nampak nape kitorang nak jual katil ni walaupun katil ni masih elok lagi.
Bilik belakang ni agak kecil, ruang agak terhad dengan katil yang besar dan tudung-tudung yang bersangkut kat tepi tu..
So, we're plan to have proper hanging system n single sized bed..atleast ada space skit. 



Alhamdulillah, kedua-dua barang ni berjaya dijual dalam masa 24 jam (walaupun gambar tak impressive..haha)
Kitorang plan nak jual sofa yang lama gak untuk tambah modal beli barang-barang baru. Harap-harap ada jugak orang yang nak beli..Aminn. Doakan jugak kitorang dapat makeover rumah ni jadi lebih selesa..

p/s : Best taw jual kat mudah.First time jual peti ais lama rasa surprised giler sebab ada orang nak beli walaupun penutup bahagian beku peti ais tu dah tercabut..Tapi kami sangat jujur bagitau kelemahan (kalau ada) pada produk yang kami jual. So far, no complaint! Uoll boleh try k..


Monday, February 22, 2016

:: Percutian Singkat: Jalan-jalan Melaka ::


Sambung dari entry yang lepas pasal trip ke Melaka..
Cakap kat Irdina, last mama gi Melaka masa Abang Luqman umur 5 bulan..la ni dia da 5 tahun lebih.

Boleh plak papa tanya bila da kuar tol Ayer Keroh tu "Ma, macam mana jalan nak gi hotel tu?"
"What?? Mana la mama tau " Bab-bab jalan ni memang fail giler..lagi mau tanya..
Teringat aritu kene pergi kursus kat Lumut. Konon kampung kat Teluk Intan je..
5 kali eh tawaf pekan Lumut tu nak cari Swiss Garden Hotel. Last-last bukan kat situ..
 Pastu marah kat google map sebab bagi direction salah. Haha..


Aktiviti kitorang simple je ke Melaka satu malam ni..
Sampai2 terus check in hotel. Disebabkan bawak budak-budak, kitorang decide tapau je asam pedas bawak ke bilik. Nak tunggu diorang mandi, solat maghrib macam lambat..So sementara budak-budak mandi, rehat, papa da kuar cari lauk dinner. So bole save time kat situ..
Nasib baik jugak, sebab petang tu hujan. So makan asam pedas kat bilik aircond memang terangkat eh!

Malam tu terus pergi ke Melaka River cruise..nasib hujan dah berenti. 
Kitorang balik je hotel, hujan turun balik. Alhamdulillah sangat.







Keesokan harinya, kitorang terus ke Bangunan Studhuys untuk naik beca..
Sebelum tu beli cenderahati sikit untuk anak-anak.









 Sekali trip naik beca dalam RM25. Memula ingat nak naik 2 beca je.
Bila kira total RM50 macam mahal sangat pulak.
So, kitorang sumbat je 1 beca..Haha, sian adik tak nampak gambar kat atas tu.
Gambar satu lagi baru ada muka dia bila abang beca tu zoom dekat sikit..itupun adik muka masam.

Bila da berenti kat depan A'Famosa ni amik2 gambar, hubby tak sampai hati plak nak naik satu beca jugak.
So, kitorang pecah dua beca. Bayaran beca yang naik asal tadi masih sama RM 25 + beca yang naik satu hala je RM15 = RM40
So save duit kitorang RM10 kalau dari awal naik 2 beca..

Lepas dari round2 kawasanDataran Pahlawan tu terus balik je..memang simple je trip ni..
Tunggula 5 tahun lagi baru datang sini balik (^__^)



Monday, February 15, 2016

:: Percutian Singkat: Review Hallmark View Hotel Melaka ::


 Hari ni kita cerita sikitla pasal percutian satu malam ke Melaka ni..
Rasanya semua orang tau kan Melaka tempat yang praktikal kalau nak berehat sekejap bersama keluarga dengan bajet yang sederhana.
Kami pun memilih Melaka untuk short break kali ni. 
Setakat nak pergi satu malam, tak berbaloi pulak kalau pergi jauh2 sangat.
Objektif mama ada dua je..Satu, naik cruise. Nombor dua, naik beca.
Haha, ini semua demi Luqman..dan adik-adik, tapi maybe kembar tak paham sangat.

Masa survey bilik ni, memang cari bilik yang atleast ada 1 queen bed and single bed. 
Bila keluarga dah besar ni,  memang kene consider bilik yang besar sikit. Survey punya survey jumpa bilik yang bersesuaian kat booking.com

Family Suite, Hallmark View Hotel

My review is based on the given price ye..
Kemudahan yang disediakan sangat berpuas ati..
- Tak kedekut 3 in 1..siap dapat teh n coffee berpeket-peket. Setengah hotel kedekut jugak.
- Set bath foam, soap, shampoo, shower cap, tooth brush n tooth paste sume lengkap..
- Newspaper is given in the morning 

Papa siap cakap.."Sorry Ma, Papa pilih The Star n bukan Bipop" Cis, nak kata mama suka gosip la tu..

- Bilik ni ada 4 katil super single..memang sangat cukup untuk kitorang berlima..kalau tengok gambar kat bawah ni, setiap katil ada bantal besar dan bantal kecik. Dalam almari ada lagi 4 extra pillows.

 


- Kemudahan biasa macam peti besi, fridge, kettle, hair dryer memang disediakan..Iron board dan iron pun mmg ada dalam almari, takyah mintak2. So untuk pengunjung2 cam kita yang mengangkut anak kecik, dont worry k! Penimbang pun ada kalau nak timbang berat anak korang..hehe..

- Maggi, air mineral sejuk, air kotak memang ready je kat dalam bilik..tapi ada extra charge. Okla kot2 lapar tengah-tengah malam. Tapi takyah risau gak sebab banyak alternatif..water dispenser kat setiap level ada, kat lobi ada vending machine jual jajan-jajan n barangan keperluan cam shampoo, minyak yu yee, dll. Selang beberapa buah kedai plak ada 7E..so memang ok sangatla kalau tetiba nak mengunyah dalam bilik.

- Breakfast pun sedap pagi tu, menu sesuai untuk kitorang yang bawak budak2.Nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, sosej, bean, bubur ada buat suap anak-anak..huhu

Disclaimer : This not 5star hotel ye..ada la kelemahan cam xde kolam renang n siaran tv yang banyak. Tapi kitorang tak kisah kot sebab wifi dia ok. Papa siap boleh tengok anime sampai kul 2 pagi.Keseluruhannya kitorang happy with one night stay.







Sunday, January 17, 2016

:: Bersiar-siar di Taman Rama-rama, KL ::


Hari Sabtu Ahad yang lepas tak tau nk ajak budak-budak pergi mana, sebab plan asal nak pegi rumah Maklong n Paklong kat Kajang untuk melawat atok opah Luqman. Sekalinya diorang pulak balik kampung sampai hari Sabtu, and then balik Kajang balik sebab atok ada checkup kat IKN hari Isnin. So, kitorang pun blur sebab plan nak jumpa atok opah terpaksa tangguh ke minggu depan. Lama sikitla boleh tidur sana sebab cuti Thaipusam kan sampai Isnin.

Biasalah mama  bosan je kalau 2 hari dok rumah tak pergi mana-mana. Tambahan plak si kembar sekarang pun da pandai nak kuar rumah, pantang pintu buka.
So, bagi 2 suggestion kat papa..
No. 1 Aktiviti berbayar, pergi Taman Rama-rama..
No. 2 Aktiviti tak berbayar, pergi jalan Rawang-Bestari Jaya, bawa roti n bagi makan monyet-monyet  yang banyak kat tepi jalan tu makan..
(Yeah, I know that 2nd suggestion tu seems ridiculous..haha, terpaksa la  papa setuju ngan 1st suggestion)

I'm not the one yang suka outing ngan anak-anak kat shopping complex, unless betul-betul nak cari barang.
Konon taknak tunjuk kat anak2 yang mak dia kaya, sikit-sikit pegi pusat membeli belah..
walaupun sebenarnya mak diorang mmg tak kaya..hahaha..

So, hari Ahad la meredah sampai ke pusat bandar. Pheww, nasib papa yang drive..

Tempat ni memang sangat sesuai untuk kami yang mengangkut kembar dan Luqman.

Why I said so??

Sebab taman ni tak besar macam zoo yang mana penat nak angkut anak-anak pusing sume tempat. 
Kembar yang eager nak berjalan tu dapat explore semua tumbuh-tumbuhan, lari kejar rama-rama, tengok ikan, bunga..diorang boleh bebas sikit dalam tu. Parents tak perlu dukung all the times sebab takde jalan besar yang kenderaan lalu lalang ke. Kawasan taman ni kecik aje, cuma ibu bapa masih kene kawal sebab certain area ada kolam ikan dan kawasan agak licin.




Untuk anak seusia Luqman, parents boleh relate dengan kitaran hidup rama-rama yang belajar dalam buku tu.I think they will get better idea/visual rather than learn theories only..
 Boleh tengok sendiri kepompong hidup, pelbagai jenis spesis rama-rama dan lain-lain lagi. 
Kat taman ni bukan ada rama-rama je taw!
Kat indoor exhibition hall dia ada pelbagai jenis insects..tarantula pun ada..gambar-gambar ada kat bawah..





Untuk kitorang, fefeling sweet jela dating kat taman *ok tipu*
Suruh Luqman tangkap gambar pun nampak kepala adik..memang tak bape nak sweet (-.-)
Baju merah tu bukan plan eh..Papa ngan Luqman sebok nak pakai baju merah bila mama da iron baju.
Luckily, rama-rama suka datang dekat..Dia pun konfius kot orang ke bunga! Haha..













Ok, yang penting kids happy..mama pun happy.
Papa kata next  time kita pergi Taman Burung plak...yesss, mama berjaya psiko papa suka tempat-tempat gini..
*i'm a psychotic wife*
(^__^)



Thursday, January 7, 2016

:: Minggu pertama persekolahan Luqman ::


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016..

Tahun ni Luqman dah 6 years, so mama tak risau sangat hal sekolah dia.
Siap mama tak amik cuti pon hari 1st day dia sekolah.Bila driver van telefon pagi tu sebab ada masalah sikit, baru menggelabah dan tanya diri sendiri "Eh apsal aku tak cuti eh harini?"
Alhamdulillah, masalah pun kecik je..takdela adegan nanges2..Maklumla, Luqman kan da senior..haha..

Semoga Luqman mudah faham dan  dapat memanfaatkan ilmu ke arah kebaikan ye..
Handsome nya anak mama hari first sekolah..papa kata macam rambut k-pop (^__^)


sumber : fb Genius Aulad SU