Thursday, August 18, 2016

:: Kisah Kembar 1 : Excited ker bila tau mengandung kembar? ::


Tak dinafikan anak kembar ni nampak comel..sebab tu agaknya ramai antara kawan-kawan yang suka share tips nak dapat bayi kembar. Oh, kenapa diri sendiri tak macam tu ye sebelum mengandungkan si kembar? Padahal kalau diikutkan genetik kembar dalam keluarga  memang agak kuat.

Emak sendiri mempunyai 3 orang adik beradik dan kedua-duanya mempunyai anak kembar. Sepupu emak belakang rumah juga kembar. Belah abah pulak, saya ada 3 orang sepupu yang mempunyai kembar. Hebat kan keturunan kembar kitorang?Hiks..

Nak dijadikan cerita, emak yang takde anak kembar telah dapat cucu kembar pula. Ini dinamakan rezeki. Uish, memang tak expect langsung ada dua bayi dalam kandungan yang kedua. Suami apatah lagi..mungkin waktu lepas bagitahu dia, dia terus garu kepala kot! Haha..Suami siap fikir sampai nak tukar kereta waktu tu. Adoi, apa kaitan kereta dengan kembar bang oi?! Iyelah, nanti ada dua orang bayi campur Luqman dah berlima. Nak sumbat pampers dua katon lagi kan ke tak muat bonet kereta MyVi. Haha..exaggerate sungguh my husband nih!

Masa first scan during confirmation of this pregnancy, Dr. just tengok heartbeat dan kandungan tu je..Memang tak de cakap pun pasal twin! Kandungan kembar ni baru dapat dikesan sewaktu buka buku merah di klinik kesihatan pada minggu kesembilan. Ni dah citer kat entry dulu2..Masa tu rasa pelik sangat bila doktor tu scan perut lama, padahal waktu dah menghampiri 5 petang (waktu klinik dah nak tutup kan?). Ooeeeemmmgeee, rupanya dia nak pastikan kandungan tu betul-betul kembar. Dang, masa tu terus speechless!


Remarks:

1- Perkara paling simple namun ianya penting untuk ingatan even bagi diri sendiri. Parents perlu redha dan syukur dengan kehamilan nie..especially when it comes to unpredicted or 'accident' pregnancies. Maklumlah, kadang-kadang cabaran mengandung kembar ni lebih..Morning sickness terukla, ulang-alik hospital la, perut rasa nak meletop la. Memang haru kalau hati tak happy..

2-Lepas ni if we confirm pregnant, better tanya Dr. single baby or more..Tak kesahlah ada keturunan kembar ke tak. Supaya precaution dapat dilakukan lebih awal, persediaan mental dan fizikal juga. Takziah to my good friend yang kehilangan kembar dia seawal waktu 12 minggu kehamilan dan hanya dapat tahu bila baby dah takde. Bukan salah sesiapa pun, just takde rezeki. Kalau tak, both of us ada kembar, dear!

3- Berita baik ni apa salahnya kalau kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. Selain boleh mendoakan, mereka juga boleh membantu/memahami semenjak daripada kehamilan si kembar lagi. Sebagai contoh, emak sayalah yang turut bersengkang mata bila si kembar buat hal masa dalam pantang di kampung. Dua-dua suasah nak tidur..so, saya handle sorang, emak tolong dodoikan seorang lagi. Macam emak saya, dia dah paham sebab pernah jaga 2 orang adik ada kembar. Situasi ibu lain mungkin berbeza.

4- Suami, pleaaaaasseee jadi rajin. You gonna be a father of multiples!
Sian tau wife kalau nak kendalikan kembar sorang-sorang. Itu kalau takde anak lain, kalau ada anak lain lagilah sibuknya. My husband memang independent orangnya..Masa morning sickness mengandung Luqman, pukul 3 pagi dia tolong masakkan nasi goreng. Masa kembar, siap pergi Empire Subang carikan pavlova sedap. Pregnant kali ni, dia siap belajar dan buat tepung talam sebab ada orang tu merajuk sebab tak belikan kuih manis-manis kat bazar Ramadhan. Kononnya apepun tak selera, nak tu je..Ngehngeh, I know ngada sangat. Tapi sebab tu kot my husben ada anak kembar! =)





Comel ke ada kembar?? Hukhuk, inila style terbaru diorang bertangkap gambar..sangat tak memberi kerjasama! *iconmatakeatas*



Wednesday, August 17, 2016

:: Kisah Kembar : Pengenalan ::


Hi  and Assalamualaikum. 
Welcome again to myself..asyik cerita raya je..Dah habis Syawal dah pun kan?

This week it has been 16 weeks of pregnancy..tapi morning sickness tetap ada. 
Alah, dah boring asyik tak sihat jela..go awaaaaayyy pleeassseee!
Minggu depan dah kene minum air gula kat klinik..nanti tak pasal-pasal muntah sebab perut masih tak ok 
*sadface*

Sebenarnya, since bersalinkan kembar macam ada plan to write our journey on raising the twins..
Dan actually ada jugak cari complete guide how to handle the twins masa mengandung dulu. Tapi malangnya tak jumpa buku yang fokus on multiple babies.
Sehinggalah jumpa buku kat bawah ni masa twins dah umur setahun lebih kot!



Masa mengandungkan kembar, banyak refer to blog orang jela..
Tapi itupun tak cerita dengan detail perihal macammana twins' parents hadapi situasi tertentu, cabaran-cabaran sepanjang pembesaran kembar, ataupun tips..mungkin ada tapi tak banyak!

So, I guess I want to start writing about my kembar dengan lebih detail..
Kisah kembar ni bukan berdasarkan fakta ye, lebih kepada cerita pengalaman sendiri..supaya diri sendiri tak lupa, maklumla kan sekarang dah nak menambah anak lagi..ngeh ngeh~
Dengan harapan jugak supaya becoming parents of twin pun boleh share suka duka how to raise the multiples! 
Iyelah..kita dulu dok sedih sorang-sorang morning sickness teruk n selekeh macam hantu mak limah..
Tu belum campur kesedihan tak dapat menyusukan kembar sepenuhnya lagi.
So, hopefully when we share our writings, korang takdelah ulang kesilapan kita lagi ye..
Eh, WE plak ye..sila la sang suami beri input jugak (^__^)

Nak tunggu buat buku sendiri, memang seploh tahun lagi la kot baru siap.
Itupun aritu dah tulis 5 pages kot..skali laptop kene format dah hilang sume.
Itu salah satu sebab jugak rasa cam nak menulis kat blog ni. 
Kot-kot ramai ada plak yang baca sini dan dapat manfaat, penulis pun tumpang happy..mana tau boleh buat ebook *okeh, sila jangan poyo*

That's my mission.
Harap ada yang suka.







Friday, July 29, 2016

:: Raya 2016 ::


Indahnya beraya di desa..
Kaya dan miskin sama meraikan..
Mengikut kemampuan diri sendiri..
Bergembira...ooooo..

Inila wajah-wajah anak kesayangan berhari raya di desa..





Kembar happy je dengan aktiviti diorang..main buai, kutip bunga, rebut basikal sepupu..haha..
Raya kami sekeluarga biasa-biasa saje.Malam raya masih lagi kat rumah mak, pastu lepas berbuka baru siap-siap balik kampung suami kat Bagan Datoh. Lepas sembahyang raya, trus pergi rumah tengah sebab Acik Adan ada buat kenduri doa selamat sikit. Kitorang pun menjamu selera kat rumah dia pagi tu..

Hari ke2 pulak Mak Usu nak buat kenduri doa selamat kat rumah dia plak. So, kita ahli rumah tolong Mak Usu masakla sebab majlis start pagi..Lepas makan, kita pun dah flat..nasib baik masih gagah dan tak muntah-muntah sangat!

Wajah Luqman sangat susah nak capture ye sebab dia jumpa geng dan tak reti nak balik rumah. 
Balik rumah Mak Usu pun sebab nak b*rak je..pastu lari balik rumah sebelah.
Kat kampung suami, jiran sebelah menyebelah semua makcik-makcik.
Ada rumah Mak Usu, Acik Adan dan Mak Ngah dalam kawasan yang sama..pilih je nak makan kat rumah mana..haha..tau makan je!




Selesai beraya di kampung, kita ada event penting plak kat rumah Kak Long.
Weekend kedua selepas raya, Along (anak sulung kakak) bertunang.
Maksu dia excited gakla sebab anak saudara sulung nak bertunang kan?
Kalau kahwen nanti tak taula..Opah ngan atok siap dah cakap nak sponsor lembu tu..Hah, untunglaaaa..





Wiken ketiga plak kita gather-gather ngan kawan-kawan..
 Hari Sabtu pergi rumah orang, hari Ahad kita ajak orang datang rumah kita plak.
Seronok dapat kumpul ngan Sweet Sisters skali ngan family..bukan selalu.
Thanx korang datang rumah kita yang cenonet tu =)







Masa sisters datang, masak menu Soto, Macaroni goreng, Mi kari n trifle sebagai pencuci mulut.
Esok student plak nak datang..masih berfikir-fikir lagi nak jamu menu apa..
Hmmmm, seronok betul beraya sampai wiken keempat, esok pun masih banyak lagi undangan!
Puasa sebulan, raya pun sebulan (^_^)



Wednesday, June 29, 2016

:: Biskut Raya Luqman ::


Tahun ni preparation raya ala kadar sahaja disebabkan mama Luqman muntah-muntah banyak..erk *nanges laju-laju*
Shopping baju anak pun tak complete lagi.
Aritu Luqman request pulak nak buat kuih raya..so, terpaksa papa buatkan kuih raya sama anak-anak.
Mama memang pernagai ngada camni, papa bertabahlah layankan perangai pembawakan budak ni..haha.

So, nak buat biskut yang paling senang adalah Cornflake madu.
So, pergi la papa mengangkut 3 pembantu ni ke kedai cari bahan-bahan dan buat cornflake madu.





Sambil buat sambil rasa ye kakak.
Malam tu pun dah habis satu balang mak budak dan budak-budak makan..

Lepas dua hari, Luqman buat jugak Cornflakes madu kat sekolah.
Hahah..happy giler teacher bagitau..siap send gambar lagi.
Patutnya waktu pagi dia ke sekolah Genius Aulad, tapi pagi tu sebab mama siapkan dia lambat so kitorang decide dia terus pergi tadika daycare.
Syoklah dia sebab kebetulan pagi tu aktiviti buat biskut raya.
So, gambar kat bawah cornflakes madu Luqman version tadika.
Malam tu jugak habis,,haha..




So far itu jela biskut raya yang kitorang buat.
Yang lain sume beli je dik non..tak kuasa fasa muntah-muntah ni nak membakar bagai.
Harap-harap masa raya nanti mama ok.
Hwaaa..nak makan sedap-sedap!


Tuesday, June 28, 2016

:: Ujian dan Rezeki Ramadhan ::


Mencabar sungguh Ramadhan kali ini.
Getting weaker and weaker.
 Sedih sangat sebab puasa pun tak larat dek asyik muntah je..
Aduhaii, Ramadhan tahun ni Allah uji dengan faktor kesihatan.
Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi..rasa tidak menggunakan hari-hari yang berlalu sebaiknya..
Semoga ada hikmah di sebaliknya..



Allah wujudkan rezeki dari pelbagai sudut.
Mujur rezeki sorang!!
Haha, dah masuk lapan minggu, cepat-cepat minta husben teman buat ultrasound.
Suspen kalau Allah bagi lebih lagi..can't imagine!



 

Wednesday, June 15, 2016

:: Sebelum Ramadhan dan 10 hari pertama ::


 Sebelum Ramadhan, banyak cita-cita kite ni..

 Antaranya, nak perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ni.
Semayang terawih kalau boleh taknak tinggal.
Nak buat tadarus hari-hari, tak kirala dengan ofismate atau berseorangan.
Lepas tu sebagai seorang isteri dan ibu, kalau boleh nak masak lauk berbuka setiap hari..siap dah adjust time ngan student paling lewat kelas pukul 4.30 habis kecuali hari Isnin je ada kelas sampai pukul 6 petang.
Pastu, takmo jadi macam tahun lepas dah yang selalu terskip sahur gara-gara tidur tak menentu sebab dak kembar.
Tahun ni kononnya kan nak train Luqman puasa..sian pulak dia kalau sahur pun kelam kabut..

Tapi tu sume citer SEBELUM puasa la...






Luqman ajak buat chocolate cake pun, mama ikutkan..Nanti nak puasa, tak kuasala nak membaking sakan.
Better buat kuih raya je camtu..





Sebelum puasa, semua adik beradik balik kampung..Kak Long dan anak-anak dah balik daripada hari Rabu. Family abang ngah pun dah balik hari Rabu malam. Kitorang je yang balik hari Khamis malam. 
Dapatla si kembar main dengan sepupu-sepupu.
Seronok diorang buat sand castle n bagi ayam makan maruku (-___-)


Malam satu Ramadhan kitorang balik ke rumah semula.
Alhamdulillah hari pertama puasa berjalan dengan lancar walaupun tekak kering sebab ada 6 jam kelas..exhausted sikit!
Start hari kedua keadaan mula jadi tak best *for me la*
Sebab hari kedua kitorang terskip sahur..so, perut rasa berangin sikit pagi tu.
Tapi teruskan puasa jugak sebab alaaaahh macam tak pernah alami sebelum ni.
Tapi keadaan jadi tak sihat lepas berbuka sampai ke sahur.
Makan je mesti keluar balik. 
Sampai pagi tu rasa macam tak larat sangat nak pergi kelas. 
Tapi gagahkan diri jugak pergi kerja cam biasa dan pujuk hati yang lepas kelas mesti pergi klinik..

Semenjak hari tu, mood selalu swing..
Badan lemah, tak bermaya..
Selalu muntah-muntah. Nak makan pun takde selera..
Pergi dapur dan masak apatah lagi. Semalam baru ada kekuatan nak masak semula setelah da dekat seminggu papa je yang conquer dapur.
Itupun maybe Allah bagi kekuatan untuk masak buat suami..Sian dia takde lauk berbuka!
Hari ni dah masuk fasa kedua Ramadhan.
Harap Allah permudahkan!
Nanti kalau keadaan mengizinkan, kita sambung cerita hari ketiga yang pergi klinik tu..
InsyaAllah bukan berita yang buruk-buruk! *walaupun nangis dlm hati*



Friday, May 27, 2016

:: Bulan mei dan Hari Ibu ::



Mei istimewa sebab..
 Mei adalah bulan kelahiran Dina dan Nina.

Mei istimewa sebab..
Mei adalah bulan istimewa untuk sambutan hari ibu.

Mei istimewa sebab..
Dina dan Nina lahir pada hari ibu.


This is our celebration cake.
Tq papa for making this for us.

For all mom, happy mothers day!
 * eventhough i might b the last person who wish mothers' day..orang sume dah nk sambut hari bapa da..haha*
Tapi masih tak terlambat rasanya untuk berdoa semoga usaha dan pengorbanan kita sebagai seorang ibu diberkati..amin.