Wednesday, December 14, 2016

:: Goodies Birthday Luqman : Kedai Pemborong Makanan di Sungai Buloh ::


Blogpost kali ni nak cerita pasal goodies Luqman hari tu..kot2 ada yang sama tercari-cari kedai yang jual barang makanan secara borong.
Mulanya nak order goodies masa birthday Luqman, tapi sebab sorang online seller tu kata order dia dah fullbooked untuk 2016, so terpaksa la mama fikir dan cari kedai nak beli barang-barang tu sendiri.
Sebagai jalan mudah, kita cari-cari idea dekat google dulu. 
Banyak yang suggest pergi GM Klang..tapi mak yang sangat busy ni memang tak larat nak drive sampai Klang la kan.
Lagipun wiken before birthday Luqman tu ada majlis ihtifal Luqman kene attend.
Nasib baik terjumpa post yang kata ada kedai pemborong kat area The Store Sg. Buloh.
Kebetulan masa tu memang dah amik cuti sebab nak checkup kat PMC, so bolehla pusing-pusing cari barang buat goodies birthday Luqman.


Plan asalnya memang nak cari makanan tapi takmo jajan. 
Maklumlah skang macam-macam isu kan berkaitan sambutan birthday anak kat taska.
So, sebagai ibu-ibu yang turut tak menggalakkan anak makan jajan, kita pun beli raisin dan air kotak milo untuk goodies.
Kacang dan maruku ikan plak sebagai makanan kunyahan. 
Of course la tambah ngan kek tobot, tak dapatla makcik nak avoid kek masa sambutan birthday anak.
Harap maaf ye kalau ada ibu-ibu yang concern dan takmo anak makan kek langsung masa kat tadika.
Yang penting owner tadika Luqman ni ok je and so far kat tadika Luqman macam takde komplen lagi tentang isu yang viral tu.






Punyalah berpusing-pusing mencari kat mana letaknya kedai pemborong ni sementara tunggu turn nak jumpa Dr. Ratna.
Rupanya memang betul-betul belakang PMC je.
Aduyai, penat drive sana-sini..skali jalan kaki pun boleh je daripada PMC.
Sebelah kedai tu pulak ada jual barang-barang birthday party..so, parents yang nak beli baloon ke atau set stationaries untuk bagi semasa birthday party anak boleh survey harga kat situ.

Seronok tengok macam-macam barang ada untuk beli buat goodies.
Mak mengandung memang cepat terliur tengok banyak giler asam jual eh!
Tapi kita beli buah prun je, kat tempat asam-asam tak berkhasiat kita cepat-cepat lalu..haha, takut terbeli jugak.







Harga rasanya ok je..sebab jenis kacang, kerepek atau biskut yang  dah siap packing atas tu boleh dapat RM5 atau around that price. 
Kalau kat Giant atau tempat timbang berat tu memang kuantiti tak sebanyak tu rasanya.
Pada sape yang nak beli dalam kuantiti lagi banyak pun boleh jugak.
Contoh yang nak beli untuk kenduri, memang patut beli dalam pek besar.
Kesimpulannya, banyakla choice bila datang sini..nak air kotak, chipsmore pek kecik, jelly, gula-gula..just name it rasanya semua ada.
Lepas ni, kalau raya dah tau dah nak cari kerepek kat mana.



Wednesday, November 23, 2016

::Ulangtahun kelahiran Luqman yang ke-6 ::


Semalam 23 November genaplah usia Luqman 6 tahun.
Start je masuk bulan November, dia dah start countdown birthday dia.
Siap mention 23hb birthday Luqman, 24hb ada Upin Ipin Jeng..jeng..jeng..
Pagi ni dia bad mood sikit sebab papa kata wiken ni pun Luqman takleh tengok Upin Ipin, paling cepat pon minggu depan..Haha, member tu dah siap kira hari daripada 1 November, harusla kecewa dah 24 hari tunggu pun tak dapat pergi. Ikut perangai sapela tu Luqman?
Kalau nak tu, nak jugak..haha..*me -me-me..raise my hand*

Rasa sebak plak especially bila ujung-ujung tahun ni dah nak habis zaman preschool.
Hari Sabtu lepas, Luqman dah konvo. Minggu ni last sekolah kat GeniusAulad.
*Harap-harap ada masa nanti nak cerita pasal Little Ihtifal Luqman*

Tahun depan Luqman dah darjah 1..persekitaran berubah, rutin berubah.
Definitely rutin sekeluarga juga turut berubah.
Semoga semuanya baik-baik aje dan anak mama cepat adapt dengan perubahan tu.
*Sebenarnya mama yang risau lebih sebab kene siapkan Luqman lebih awal setiap pagi daripada waktu sekarang ni..haha*

Berbalik kepada cerita birthday, kali ni Luqman request nak sambut ngan kawan-kawan dia kat daycare pulak.
Sebab tahun lepas dah sambut kat Genius Aulad.
So, kita ikutkan jela..hope Luqman enjoy ngan kawan-kawan dia.









Chocolate cake from @cutechubbys.
Goodies made by mama.
Picture by Teacher Wani.







Sunday, November 20, 2016

:: Anak Perempuan ::


My pregnancy is almost 30 weeks by now.
Lepas sahkan EDD aritu, langsung tak scan baby lagi dah sebab Dr. kat klinik 1Malaysia asyik takde.
So, nurse pun keep postponing sampai 26 minggu. Lepas tu, amik keputusan cakap ngan nurse rasa nak sambung checkup kat PMC dan buat detail scan terus kat sana.
Kita pun sambung la berdebar nak tau jantina anak.
Actually takdela nak certain2 jantina sangat coz anak lelaki pun dah ada, anak perempuan pun dah ada.
Tapi kalau tau jantina lagi senang nak buat preparation.

Last week baru sempat nak amik cuti dan checkup dengan Dr. Wan Ratna (kali ni plan bersalin dengan dia).
So, yessss..dah tau dah jantina adik kembar 2 orang ni =)

Nina & Dina will have a sister!!
Hmm, agak-agaknya mama pening kepala tak tambah dengan perangai 2 orang yang suka bergaduh sekarang ni *angguk laju-laju*

 I'll end this entry by posting twin's picture while doing their 'project'.
Crying so loud inside my heart..couldnt imagine me - them - baby =(



#pregnancyjourney
#anak2sedangmembesar
#habisbedaksebotol
#belumcampurnganluqmansukabuateksperimen










Friday, November 4, 2016

:: Lega tapi penat ::




Dah nak masuk pregnant 7 bulan ni, nak bawak perut pun dah mengah-mengah.
Kadang mengajar dalam kelas pun tetiba rasa semput. Nasib dalam kenakalan students tu, ada gak yang offer Madam nak minum tak? Sebab kekadang tu kita cakap banyak kali pun dia tak dengar. 
Pastu sound kat diorang " haih, penat saya ulang banyak kali ni tau..sampai kering anak tekak"
Pastu terus baik hati nak offer minum. Haha..kita bukan lecturer ayu-ayu ye!
Korang banyak kali tak datang, terus kita bar *muka garang*

Dah ujung-ujung tahun ni banyak plak nak kene fikir..hal bersalin, hal anak nak masuk sekolah.
Tu belum campur Luqman yang dah siap countdown birthday dia lagi berapa hari kay!
Semalam ingat nak order je goodies birthday dia untuk bawak kat sekolah..skali orang yang buat goodies tu reply tempahan dia dah tutup untuk 2016.
Asalnya konon nak tempah je sebab taknak susah-susah fikir, skang ni cam kene prepare sendiri je..aiyarkk!!

Pastu, on the way nak tambah anak ni sebok jugak la nak beli rumah lelong. 
Dah satu hal turun naik HR, Finance berkali-kali .
Arghh, leceh rupanya beli rumah lelong..Bahaha, baru tau.
Okla, buat pengalaman dalam hidup.
Nasib baik bukan sendiri yang keluar masuk bank apply loan..sume husband yang buat.
Giler sampai 13 bank pergi berusaha nak dapatkan loan..Daku memang tak kose ye!

Alhamdulillah settle jugak akhirnya.
Disebabkan pembelian rumah lelong ni dapat plak settlekan hutang PTPTN dan hutang kereta.
Weeehuuu..lega rasanya bila dah settle dua benda ni.
Lepas ni bolehlah iolls terbang ke mana saje ..haha, verangan! Padahal 'handbag' makin banyak ye.
Pastu bolehlah verangan nak beli MPV gakss..Eh?! 

Padahal bukan settle hutang pon..ni lebih kurang macam tutup satu lubang tapi gali lubang satu lagi.
Still tak boleh beli bag Louihh Buttong ye.
Komitmen tiap-tiap bulan tetap tinggi.
So, angan-angan nak pergi berjalan tu sume terhenti takat tu je la.
Back to reality..banyak kene fikir nih..
Nanti nak tempah kek Luqman kat mana, 
 Luqman ni dah hafal ke belum dialog yang banyak-banyak tu untuk Ihtifal, 
Nanti nak belikan papa hadiah apa sempena anniversary and birthday, 
Nak pakai set berpantang apa..bila nak beli?
bahaha..the list continues....





Fuhhh..settle this love hate relationship with PTPTN.
Kalau tak, kene tunggu sampai umur 40 baru selesai utang belajar.




Friday, October 21, 2016

:: Rancangan TV Luqman ::


Kalau sebelum ni, Luqman suka tengok Tutor TV UPSR..skang dia layan Bijak Bahasa, Backyard Science dan Rekativiti plak kat channel 610. 
Pastu mama plak yang pening melayan soklan-soklan dia.
Bila tengok citer-citer camtu mulala dia pun sebok nak main games bahasa la, nak buat eksperimen la..

Kadang-kadang time orang balik kerja, Maghrib2 tu lah dia sebok tabur bedak kat meja cermin.
Kononnya nak buat eksperimen cap cari.
Pastu, dok suruh adik-adik, mama sume pergi colek kat bedak yang ditaburnya tuk tengok pusaran cap jari masing-masing.
Aduhaaiii, memang harus bertabah ngan bedak yang bertabur satu meja.
Pernah sekali tu, time mama tengah semayang Maghrib, dia sebok buat eksperimen cap jari.
Sekali agaknya dia takut mama marah, dia nak lap la bedak tu..
Boleh plak Luqman pergi amik bantal kecik buat lap bedak yang berterabur. Pastu dia tengok kotor kot, dia pergi basuh nya sarung bantal sekali ngan bantal2 nya kat dalam bilik air.
Pastu pergi sorok bahan bukti sambil air kat bantal basah tu meleleh-leleh kat lantai.
Memang buat mama tak khusyuk solat budak Luqman ni..hahah..
Nasib tengah semayang, kalau tak mesti dah kene bebel ngan mama.


Tu satu eksperimen. 
Pernah jugak satu petang tu bila semua orang tidur, dia buat eksperimen pewarna makanan.
Beristighfar mak ko nakkk!!
Dicampurnya pewarna-pewarna yang dulu pernah guna buat kek sume tu nak tengok hasil campuran kaler. Pastu tumpah merata plak tu...
Papa geleng kepala je tengok dia campur skali esen vanila yang baru beli seminggu..adala baru pakai dalam 2 sudu kecik.


Memang kuss semangat.
Nasib baik mama ngan papa baru je pergi talk "Unlocking Your  Child's Genius" anjuran school Luqman, terus tahap kesabaran mama dan papa meningkat sikit.
Kalau tak, memang ada yang bertukar jadi harimau jadian bila tengok tumpahan warna-warni kat dapur.
Dengan sifat ingin tahu anak ni, bertabah la mommies ye!





Sebab lambat, mama n papa dok blakang skali masa talk tu..so, gambar yang ada daripada belakang orang je la..hehehe..



Monday, October 3, 2016

:: Dating at Tony Romas ::



The best part of this pregnancy is I'm craving for the Tony Romas. 
Haa..western sangat selera baby dalam tummy nih. Haha..salahkan baby kay?!

Maybe sebab masa pergi TR for the first time ritu, kitorang cakap kene repeat datang sini untuk makan steak plak..tu yang jadi teringat-ingat tu.
Masa ngan anak-anak kitorang order shrimp pasta n set burger, so kalini harusla try another menu.

Kebetulan masa kitorang keluar ni beberapa hari sebelum Awal Muharam [anniversary dalam bulan Islam], so bolehla considered ni as anniversary dating..hmm, nak jugak.
Sebenarnya, ambil kesempatan cuti sebab nak hantar kereta pergi workshop dan survey stroller kat Manjaku Bangi [used my favourite baby shops]. 
Dah tu alang-alang lalu depan IOI City Mall, terus plan nak gi makan kat TR.

Wuhuu..lepas satu ngidam!




Portion makanan TR ni memang banyak dan mengenyangkan lah.




Papa order Chicken Platter, mama order Grilled Lamb Chop.



Mama yang puas hati....................





.................sebab kene belanja dengan papa! ngehngeh *isteri banyak kerenah*



Tuesday, September 27, 2016

:: Santai di Taman Layang-layang ::



Hari ni baru nak update aktiviti weekend aritu.

Hari Ahad yang lepas bawak anak-anak pergi Taman Metropolitan Kepong atau Taman Layang-layang. Sape yang familiar tempat ni mesti tau nape taman ni dipanggil Taman layang-layang kan?
Tentunya sebab ramai orang yang main layang-layang laa..haha, main agak je.

Tempat ni nostalgik jugak sebab kitorang buat outdoor wedding photoshoot kat sini.Ouchh, mengimbau kenangan gitu!
Tapi punyala lama kitorang tak datang sampai tak tau yang dah ada jejantas depan taman ni. 
So, sesape yang nak parking kat kawasan stesen minyak tepi jalan arah bertentangan, boleh cross je lintas jalan guna jejantas. 
Sapa yang selalu lalu depan taman ni surely boleh nampak parking yang macam hazab sikit. 
Sampai double triple parking ehh..nasib ada rezeki ibu mengandung aritu, ada kereta nak kluar masa kitorang sampai. Dapatlah kitorang parking depan pintu masuk.







Sampai-sampai je Luqman dah rambang mata tengok berjenis-jenis layang-layang ada jual.
Daripada gambar kartun sampaikan ke gambar jenis-jenis burung boleh jumpa.
Harga RM10 untuk layang-layang jenis yang Luqman beli ni.

Meriah sungguh kat sini..boleh main taman, boleh main bubbles, boleh piknik makan-makan, jogging, cycling dan macam-macam aktiviti lagila. Patutla ramai orang..so happening!






Orang jual makanan pun ramai..pilih je nak kudapan apa..
Kembar dah pandai mintak aiskrim.
Sambil papa dan Luqman main layang-layang, mama belanja korang aiskrim sorang satu. 
Aktiviti camni pun dah buat kitorang happy!










Sebelum balik, main taman sekejap..Kalau ikutkan budak-budak memang tak puas.
Tapi sebab dah maghrib harusla masing-masing pulang ke pangkal jalan..heh.
Nanti ada masa boleh datang lagi.