Tuesday, August 11, 2015

:: Laut ::

Pergi Lumut wiken baru ni sebab menghadiri Kursus Webmaster wakil fakulti..
Seriously jadi pelajar gerabak belakang..blog ni je pn da menunjukkan i'm not an IT savvy. Orang lain da naik tren laju, daku baru terkedek2 macam siput..ditambah dengan laptop yg tak bagi kerjasama n internet yg slow, memang sangatla tension okeh!

After going back to office, ilmu yg dapat dari course tu lebih mudah difahami..nota pun da ada untuk membantu. So pelan-pelan buat website tu dr scratch..blog ni bakal terbiar la japgi sementara nk siapkn website..haha..

Nak bercuti lebih2 aritu pn tak semangat. Anak-anak tak sihat sampai sekarang. Mujur hubby sewa bilik kat luar, instead of tido kat sharing hotel room ngan peserta lain. Malam tu Luqman demam kuat..Dina Nina plak surely rindu nak bf kan!

Ya Allah, sihatkanla anak2..diorg masih demam sampai arini.. *nanges*
Ahad ni pun nak terbang tengok laut lagi!*tak sampai hati tengok anak tak sihat*

Picture: Depan Swiss Garden Hotel & Spa, Damai Lumut


Thursday, August 6, 2015

:: Busy beraya ::


Tajuk di atas adalah alasan yang baik tak update blog  (^__^)

Busy ke??

Cuti raya 9 hari (termasuk Cuti Umum dan Sabtu Ahad)
-
Bekerja 2 hari (Khamis, Jumaat)
-
Cuti Sabtu Ahad
-
Bekerja 2 hari (Isnin, Selasa)
-
Cuti lagi 6 hari (termasuk Sabtu Ahad) sebab pengasuh kembar kahwenkan anak dia kat kampung..
-
Bekerja 3 hari (Selasa, Rabu, Khamis)..Itupun Rabu dan Khamis ada jamuan hari raya..
-
Esok Jumaat ada kursus kat Lumut
-
Haha..nanti 16 Ogos sampai 19 Ogos nk bercuti lagi..aish, memang 'busy' sangat!

Belanja sikit gambar bento anak bujang saya untuk dimakan sebelom dia pergi sekolah.
Jumlah hari dia pergi tadika lagi banyak dari saya pergi keje bulan ni..adeh!







Friday, July 24, 2015

:: Raya 2015 ::


Apa yang best tentang raya??


Daripada start puasa, biasanya rumah mak dan abah akan dikunjungi orang kampung. Ini disebabkan abah merupakan amil kat kampung, so orang akan datang bayar zakat kat rumah. Selalunya seminggu sebelum raya, memang sibukla orang datang rumah. Seriyes masa kecik dulu annoying jugak, sebab baru nak baring dah ada orang 'Assalamualaikum'. Lagi plak dulu  ada satu TV je kat ruang tamu, so memang bengang jela kan kalau tak dapat nengok citer kegemaran.

Tapi bila da besar sikit, da bole berfikir..rasa cam itu satu rahmat untuk tuan rumah. Orang datang bawak rezki. Rasanya kalau abah dah takde, ini adala momen yang paling dirindui. Sayu pulak kalau fikir rumah yang sunyi time raya *sob sob*

Masa bujang dulu, memang kerja buat air jela malam raya..plak tu tak de pinggan polistrin lagi masa tu, keje membasuh pinggan jela. Orang memang suka datang bayar zakat, berjumpa sesama kawan-kawan kampung, makan-makan juadah malam raya..

Cuma kadang-kadang memang tak paham bila orang suka bayar zakat last minute ni, anak2 sedara yang slalunya tak beraya pertama kat umah mak pon pelik masa mula2 dulu. Kan skang ni kat Petronas pun bole bayar zakat..kat bazar Ramadhan pun orang buka kaunter. Tetap jugak nak nunggu tengah malam raya..pernah dulu kul 2 pagi datang, kitorang pakat selubung dengan selimut je tidur..sebab masa tu bujang lagi n rumah da penuh ngan adik beradik tidur. Nasib la, da tengah malam kottt..

Tengok-tengok laki ku pun sama tahun ni..Dia nunggu balik kampung baru bayar zakat kat bapak mentua. Nasib baik bukan 2 pagi..Haha..*matikla kalau dia baca nie*

So, selalunya pagi raya abah memang sibuk nak pergi awal ke surau. Tu blum campur ada yang bayar zakat lepas Subuh untuk dapatkan waktu yang sunat untuk membayar zakat. Lepas sembahyang raya, terus kene ambil kesempatan minta maaf dan bergambar ngan abah..



Lepas tangkap gambar ni, abah da kluar dengan urusan dia..Haha, mak nak bergambar ngan abah pun tak sempat.


Masing-masing da nangkap gambar keluarga masing-masing da time nie..





Luqman kata dia suka sebab orang bayar zakat..dia pon sebok jadi assistant atok tulis-tulis ^__^
Tengok tu, tangga yang pakai songkok *gelengkepala*

Lagi aksi Luqman di Hari Raya Pertama..




Adik-adik jugak yang best, orang penuh rumah ke, tidur lambat ke..inila dia di pagi raya..



Maaf zahir batin daripada kami sekeluarga
0-0


Thursday, July 23, 2015

:: Deko Raya : Khat Kufi ::


SALAM AIDILFITRI buat semua..

Seronok tengok gambar kat FB, Insta mahupun blog2 sume..colourful dengan baju sedondon, makanan yang sedap dan sanak saudara yang meriah beraya. Tapi kisah beraya kita post lain kali ye..Ni nak citer pasal deko-deko dulu, walaupun patutnya entry ni pre-raya tapi da jadi post-raya plak..

Tahun ni persiapan ala kadar..tak menukar carpet mahupun langsir. Sume recycle mana yang ada je.
Cuma tahun ni kitorang tochup skit kat dinding living hall. 
Cat dengan kaler baru dan tambah accessories.

Iyerla, daripada kitorang start masuk rumah ni baru kahwen sampai da ada anak 3 orang, itu jela cat yang ditengok hari-hari. Iolls da boring taw..Itu belum campur stress dengan budak2 menconteng dinding lagi. Memang daku pressure, dengan incik suami pun kene pressure skali suruh cat cepat2.

Daripada kaler oren ala-ala coklat cair tu, kitorang tuka kaler purple cair. 
Haha..Luqman tak suka sebab macam kaler yang feminin .Untuk dia, kaler pink n purple untuk orang pompuan je.
Sorryla nak, dah nya mak yang decide..sukati mak la ^__^

Pastu, dah lama jugak usha khat kufi ni..Siap pernah tanya-tanya kat internet daripada beberapa stores tapi ada je halangan nak beli. So, this year kitorang gigih cari kedai yang jual khat ni. Alhamdulillah, ada yang berkenan dan dapat dengan harga yang ok!



 Ni contoh Surah Al-Ikhlas..




 Sume sekali beli 3 Qul..


So, sape-sape yang berminat dengan khat kufi ni bole usha terus kat https://www.facebook.com/kufiart

Tuesday, July 7, 2015

:: Suka yang sama ke lain?? ::


Assalamualaikum semua..eh, da 20 Ramadhan ye arini, sekejap je berlalu separuh perjalanan..alhamdulillah!

Eh,mana citer lauk berbuka puasa..haha,nanhado. Kat rumah ni masak jugak, tapi takdela berjenis-jenis setiap hari. Kadang- kadang kat umah masak satu lauk je, pastu jiran sebelah bagi lauk lagi. Kalau kebetulan sang suami pergi bazaar time tu beli lauk lagi, memang pitamla kitorang berdua nak abeskan..kadang-kadang penuh satu meja campur moreh lagi. Ramadhan kali ni Luqman rajin turun ke surau walaupun solat sambil main-main (hmm, rasanya la..). Tapi tak kesahla, janji dia expose dengan amalan solat terawih dan terasa hikmah Ramadhan tu..

Ok, back to topic..Raya tahun ni bole dikatakan preparation cepat jugakla, tak macam tahun lepas dan lepas. Dua tahun lepas, mama sebok viva master sehingga ke 22 Ramadhan. Lepas tu, selang beberapa hari, kami involve in accident plak..so, hasilnya baju raya papa dan luqman bli petang sebelum raya..janji ada je!

 Tahun lepas plak, masa tu baru habis pantang a week before Ramadhan. So tak sempat menyopping sebelum puasa, hasilnya last minute gak bli baju melayu diorang. Last day keje, baru amik cuti sebab nak tinggalkan kembar dengan babysitter. Namun, alhamdulillah papa masih kacak pakai baju Zizan Razak ^__^

So, mengambil iktibar dari tahun yang lepas-lepas, tahun ni baju melayu Luqman dan papa da siap tempah awal-awal. Mama punya baju raya pun da dapat before puasa, tudung raya bli online suda..
 Tinggal Dina n Nina punya baju je yang kene cari..

Hmm, kalau korang ada anak kembar, korang suka cari baju yang exactly sama or lain??

Dulu, pernahla masa keluar hospital bersalinkan kembar..sambil menunggu my husben datang jemput. Ada orang tegur, dia pun kembar jugak. Pastu siap cakap, tak payah pakaikan baju sama-sama nie..
Eh, eh, ko ni da kenapa tetiba nak cakap camtu?Sukati mak diala..haha *dalam hati*
Maybe bila da besar malu kot bila baju sama (sebab yang tegur tu lelaki).  Actually, benda ni ada pro n cons kan?

Baju sama : Surely orang akan tau budak ni kembar..wah, comel gitu *perasan, puji anak sendiri*. Satu lagi, beli baju sama kira fair n square la.. anak tak boleh tuduh mak pilih kasih..haha..

Baju lain : Dari segi kebersihan, kita bole detect baju kakak n baju adik. So, harapnya tak bercampur la.. Takde kes adik pakai baju kakak, kakak pakai baju adik. So, lebih selamat..
Hmm, lagi satu kelebihannya, kalau baju masih cantik dan nak bagi orang..takdela serba salah sangat. Kang bagi baju sama kat dua orang anak yg lain mak bapak dia..kang termalu plak baju sama kalau jumpa. Tak beshla camtu kan!

So, mama Dina n Nina ambil pendekatan sama tapi tak serupa..huhu, maksudnya nak bli baju sama tema tapi different colour..Haa, camtuuuuu..
 Ngada-ngada sangat kan?? Mihmih..

Last-last mak babysitter diorang yang belikan baju kurung diorang. Opah plak belikan skirts masa dia ngan atok pergi Medan aritu..



Hehe tengok, three women think alike..haha, 'sama tema lain colour'. Nice huh?!


Thursday, June 18, 2015

:: Cuti Sekolah Luqman ::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Lamanya tak berblog..balik-balik tengok entry Thomas, Thomas. Dahla kat rumah ulang tengok lagu thomas puluh kali, pergi opis mama pun Luqman tengok Thomas lagi..tak larat dengan anak sorang ni. Da siap cakap, nanti kasut raya pun nak kasut Thomas. Iyela nak oii..  -___-

Cuti sekolah yang lepas kitorang duduk rumah je..tak balik kampung n tak pergi bercuti. Sebabnya nenek-nenek Luqman belah suami datang kat rumah. Lagipun banyak majlis kenduri buat kat surau rumah, walaupun tak join rewang ke apa, we juz be there jela..Adoi, tengah puasa teringat rendang ayam dan lemang yang diorang hidang aritu..Gulp!!


Ni kek yang dibeli sempena menambah bakal ahli keluarga baru..Eh eh, bukan pregnant ye..kitorang pergi merisik ritu dengan nenek-nenek Luqman.
Hiks, Saje je nak letak gambar makanan kan? Dahla tak sahur pagi tadi..memang mencabar betul bila si Dina n Nina nie susah nak tidur malam. Siap malam tadi tu da tido, bangun solat Terawih, tidur balik..last2 pkul 2 lebih si kembar tu tido. Bangun-bangun da azan Subuh, memang bangun solat Subuh ajela jawabnya..
*Nanges nak buang makanan bawah tudung saji*

Walaupun Luqman tak pergi mana-mana cuti sekolah, bawak jugak dia datang opis..sebab pengasuh dia bercuti. So, this is our mother-son-bonding-time. We spent our time at library..baca buku truck, train..



Buku teka-teki pun ada..best gak buku kat bawah ni, buku tu besar, saiz A3 kot. Pastu ada gambar pilihan jawapan, so budak-budak bole teka jawapan teka-teki tu. Kalau jumpa kat luar, mesti rasa nak beli...


Pastu, main lukis batu-batu..blajar expression muka kononnya..

Yang pakai tudung tu mama..
Yang nanges kuar air mata tu Luqman..kononnya kene marah ngan papa..So, batu paling atas tu papa la tu garang macam tiger ^_^
Yang rambut tajam ke depan tu Nina, n rambut cacak-cacak tu Dina..haha..


Best kan Luqman ikut mama pergi opis?? Memang bestla sebab kalau tak buat aktiviti, dia tengok youtube Thomas n Friends..

~SALAM RAMADHAN DARIPADA KELUARGA LUQMAN~
Ni gambar first night nak sembahyang terawih kononnya..

Wednesday, May 27, 2015

:: Thomas & His Friends ::


Favourite cartoon Luqman skarang adalah Thomas and his Friends..Hari-hari tunggu kartun ni kat Astro Ceria sebab nak nyanyi lagu dia.

"They're two, they're four, they're six, they're eight,
shunting trucks and hauling freight.
Red and green and brown and blue,
they're the really useful crew.
All with different roles to play,
round Tidmoth Sheds or far away.
Down the hills and round the bends,
Thomas and his friends.
Thomas, he's the cheeky one.
James is vain but lots of fun.
Percy pulls the mail on time.
Gordon thunders down the line.
Emily really knows her stuff.
Henry toots and huffs and puffs.
Edward wants to help and share.
Toby, well let's just say, he's square!"


Dulu, pernah la pergi Puteri Harbour JB 2 tahun lepas sebelum kembar ada. Masa dulu dia kecik lagi, so tak pandai cartoon nie sume. Skang nie da besar sikit, myb lebih excited kot kalau dapat tengok live show camni..



Tetibe nak cite kisah Luqman ngan cartoon Thomas and Friends..motip?!haha..
Sebenarnya, tengah belajar cara nak upload photo ngan saiz yang sama semua, tak dela kejap kecik, kejap besar kan?So, buat entry ni ngan gambar yang tak banyak. Pastu pilih-pilih gambar, ternampakla gambar ni yang tak pernah lagi tepek kat sini..
Hmm, nampak sangat ketinggalan zaman dalam dunia blogging nie. Takpela, biar lambat asal selamat..yang penting I da tau da sikit2..tapi apsal tak cantek cam blog fofular yang lain eh?!
*memang takdapat lawanla weh* (^__^)